suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Telan nasi kepal petua mujarab kalau anak tercekik tulang? Pakar ENT dedah risiko, minta ibu bapa jangan pandang ringan!

Kanak-kanak yang tercekik tulang berisiko mengalami kecederaan di bahagian dalaman tekak. -Gambar hiasan AI

IKAN sememangnya hidangan yang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi pelbagai nutrien penting.

Namun, risiko tertelan tulang ikan tidak boleh dipandang ringan, lebih-lebih lagi jika melibatkan golongan kanak-kanak.

Boleh mencetuskan panik pada mangsa, rata-rata masyarakat hari ini masih mengekalkan amalan tradisional bahawa amalan menelan nasi kepal mampu menyelesaikan masalah tersebut. 

Bagaimanapun, seorang doktor pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Dr Azlina Rani mengingatkan orang ramai supaya berhenti mengamalkan cara tersebut.

Menurutnya, tindakan memaksa seseorang menelan nasi, roti ataupun pisang dikhuatiri menyebabkan tulang ikan tertolak lebih jauh ke dalam.

"Kalau tulang ikan tersangkut, telan nasi kepal je, pernah dengar petua ni? Kalau jadi pada anak, jangan paksa dia telan nasi, tulang boleh tertolak lebih dalam," katanya.

Beliau dalam masa sama turut berkongsi pengalaman mengeluarkan tulang ikan daripada seorang pesakit kanak-kanak yang berusia setahun.

Antara tanda yang boleh diperhatikan ibu bapa ialah air liur anak kerap meleleh dan tiba-tiba hilang selera makan. 

"Semalam saya kongsi gambar tulang ikan yang saya keluarkan daripada seorang anak umur setahun, dia belum boleh cakap tekak sakit. 

"Yang ibu bapanya nampak ialah air liur meleleh dan dia tiba-tiba tak nak sambung makan.

"Kalau syak tulang ikan tersangkut, hentikan suapan dan bawa anak untuk diperiksa, jangan cuba tolak tulang dengan nasi dan jangan keluarkan sendiri dengan jari atau penyepit," katanya.

Sekiranya anak mengalami kesukaran bernafas, hubungi talian kecemasan 999 dengan segera kerana keadaan itu memerlukan rawatan pantas.

Ketika mendapatkan pemeriksaan, ibu bapa juga perlu memaklumkan kepada doktor jenis makanan yang dimakan anak serta waktu simptom itu mula berlaku.

"Bila jumpa doktor, beritahu anak tengah makan apa dan bila simptom mula berlaku. 

"Maklumat macam dia tengah makan ikan, lepas tu terus tak nak sambung makan sangat membantu, terutama bila anak belum pandai bercakap," ujarnya.

Artikel Lain