BERKONGSI perkembangan terbaharu kesihatannya, pelawak Amir Raja Lawak memberitahu dia kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas lebih 10 hari berada di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, bagaimanapun memberitahu dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan tidak boleh terlalu banyak bercakap. "Kadangkala saya rasa masih kabur, kadang-kadang termenung, kadang-kadang tak ingat. Saya boleh katakan, nak dapat balik kondisi keadaan diri macam hari itu pun susah lagi sekarang.Amir berkongsi sendiri perkembangan kesihatannya. "Masih susah lagi, untuk bernafas sekalipun, apatah lagi nak bergerak memang ambil masa. Bercakap banyak patah pun jadi terbatuk-batuk, jadinya saya banyak diam," katanya.Amir berkongsi sendiri perkara tersebut dalam satu hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Khamis.Tambahnya, keadaan kesihatan terkini juga memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak sedar tapi tak boleh bercakap, nafas tercungap-cungap... Masih terima rawatan di ICU ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak bimbang jualan ayam goreng, masih sakit untuk promosi bisnes"Saya kena perlahan-lahan latih paru-paru kembali aktif macam sebelum ini, tak boleh buat dengan terburu-buru supaya paru-paru dapat biasa dengan kondisi tubuh badan semasa. "Apa yang boleh saya cakap dengan ujian Allah bagi ini, yang biasanya orang cakap sakit adalah untuk menghapuskan dosa kecil. Kalau hapuskan dosa kecil pun dah sesakit ini, bagaimana keadaan saya jika untuk untuk bersihkan dosa besar saya?Amir masih belum pulih sepenuhnya. "Ya Allah, tak tertanggung sakit ini," luahnya. Sebelum ini, perkembangan Amir dikongsi oleh adiknya yang menggunakan akaun media sosial miliknya kerana dia tidak dapat menggunakan telefon sepanjang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.TONTON VIDEO PILIHAN!