suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Menang atau sebaliknya, tetap kebanggaan kita” - Anwar titip semangat buat Aina Abdul, bawa nama Malaysia di Eurovision Asia 2026

Anwar (kiri) memberi semangat buat Aina yang bakal membawa nama Malaysia.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan selamat maju jaya buat penyanyi Aina Abdul yang bakal membawa nama Malaysia ke pentas Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Anwar menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti jelas bahawa karya dan kualiti bakat seni anak tempatan mampu berdiri sama tinggi serta bersaing di peringkat antarabangsa.

Menerusi satu hantaran, Anwar menzahirkan rasa kagum dan bangga atas keberanian Aina melangkah ke pentas berprestij berkenaan.

“Selamat maju jaya buat Aina Abdul yang akan membawa nama Malaysia di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 November ini.

Anwar mendoakan agar Aina (kanan) dapat memberikan persembahan terbaik.

“Penyertaan Aina membuktikan bakat dan karya anak Malaysia mampu melangkah jauh serta bersaing di pentas antarabangsa.

“Pastinya, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian,” katanya melalui satu hantaran di sosial medianya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan yang cemerlang serta memukau penonton di seluruh rantau Asia.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul tak tidur malam fikir Eurovision Asia 2026, 10 jam rakam ‘Bluest Sky’ sampai terpaksa pindah studio

ARTIKEL BERKAITAN: Ikan laga hitam inspirasi busana Aina Abdul dalam MV lagu baharu

“Saya mendoakan agar Aina dapat memberikan persembahan terbaik dengan penuh keyakinan dan semangat. Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita semua.

“Terbang tinggi, Aina!” Ujarnya.

Untuk info, penganjuran Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand dijadualkan membuka tirai pada 14 November ini. 

Ia bakal menghimpunkan barisan penyanyi dari pelbagai negara Asia bagi merebut gelaran juara sulung pertandingan berprestij ini.

Artikel Lain