KEMBALI aktif dalam dunia seni, penyanyi Syahrini bagaimanapun menegaskan keutamaannya kini masih tetap kepada tanggungjawab terhadap keluarga.Biarpun mendapat keizinan suami, namun bagi Syahrini, 46, itu bukan alasan untuk dia mengurangkan perhatian terhadap tugasnya sebagai isteri dan ibu di rumah. "Tidak merayu kepada suami untuk kembali menyanyi. Cuma minta izin kerana menghargai dia sebagai imam saya. Saya hanya bertanya untuk kembali menyanyi.Suami memberi sokongan buat Syahrini kembali aktif. "Saya katakan kepadanya jangan risau kerana keutamaan adalah keluarga. Kerjaya dan bidang seni adalah yang kedua," jelasnya.Syahrini sebelum ini memperlahankan kerjaya seni selepas berkahwin dengan Reino Barack pada Februari 2019.Dia kemudian terus menyepi selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Ogos 2024.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan bedah plastik, Syahrini akui ‘terlebih edit’ foto sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 5 tahun berakhir, Syahrini bersalin anak pertama di SingapuraKemunculan Syahrini di Festival Muzik Pestapora pada September lalu mencuri tumpuan ramai sekali gus menjadi tanda dia kembali aktif selepas tujuh tahun.Menurut penyanyi ini, dia juga mendapat sokongan penuh suami yang turut memberi izin, terutama dalam penganjuran konsert pada Disember nanti."Izin suami lebih kepada sistem sokongan. Saya juga telah telah jelaskan bahawa keutamaan adalah keluarga," ujarnya.