PELAKON siri popular Pretty Little Liars, Keegan Allen berdepan detik cemas apabila disamun dan diserang dua lelaki bersenjata di kawasan tempat letak kereta di Santa Monica Boulevard, West Hollywood, Los Angeles pada Sabtu. Kejadian ngeri itu dikongsikan sendiri oleh Allen, 37, menerusi sebuah hantaran video di Instagram miliknya yang memperlihatkan bahagian kepala hingga ke lehernya berlumuran darah sejurus insiden berlaku. “Saya baru sahaja disamun dan jam tangan saya dirampas. Dua lelaki ini memukul kepala saya, mengacukan pistol dan membawa pisau sebelum melarikan diri bertopeng,” katanya.Keegan menunjukkan darah yang keluar daripada kepalanya. Menerusi rakaman kamera keselamatan yang disertakan, dua penjenayah terbabit dilihat menghampiri mangsa ketika dia sedang memasukkan barangan ke dalam kenderaan miliknya sebelum salah seorang daripada mereka bertindak memukul kepala pelakon itu menggunakan pistol secara berulang kali.Sementara itu, Jabatan Syerif Daerah Los Angeles (LASD) mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai insiden samun terbabit sekitar pukul 9.05 malam waktu tempatan yang melibatkan dua suspek berpakaian serba hitam sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jadi duda, Teuku Ryan sudah temui kekasih baharuARTIKEL BERKAITAN: Pelakon masuk wad buat lima kerja sehari, tiada wang simpanan demi lunas hutang keluargaPihak berkuasa memaklumkan suspek bersenjatakan pistol dan pisau itu meminta jam tangan serta gelang milik mangsa sebelum bertindak mencederakannya di bahagian muka sehingga menerima rawatan awal daripada Jabatan Bomba Daerah Los Angeles.Meluahkan rasa kecewa terhadap tahap keselamatan di kawasan tersebut, Allen bersyukur kerana nyawanya masih panjang meskipun diugut bunuh oleh penjenayah terbabit semata-mata kerana mahu merompak seutas jam tangan.